Nasib Yee Fatt ditentukan Nov ini

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) akan menilai kontrak ketua jurulatih Kuala Lumpur,  Chong Yee Fatt  yang tamat November ini.

Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa berkata, pengurusan pa-sukan akan membuat penilaian menyeluruh prestasi Yee Fatt berdasarkan pencapaian skuad ‘The Hawks’ dalam saingan Liga Super dan Piala FA pada musim ini.

“Sekiranya pasukan Kuala Lumpur layak ke saingan Piala Malaysia (awal Ogos ini) ataupun Piala Cabaran, kita akan turut membuat penilaian terhadap prestasi beliau dan keputusan berhubung kontrak beliau akan dimaklumkan pada November nanti,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Nokman menegaskan sekiranya berlaku perubahan tampuk kepim-pinan pada November nanti, pengurusan baharu akan membuat keputusan berhubung masa depan Yee Fatt. – Bernama