Natasha Hudson kembali bergelar isteri

Dalam diam-diam pelakon Natasha Hudson kembali bergelar isteri apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya dikenali sebagai Jay Jasmin.

Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor kelmarin. Bersyukur hubungan itu berakhir di jinjang pelamin, Natasha, 39, berkata dia memilih Jay sebagai pasangan hidup kerana mereka berkongsi banyak persamaan.

“Saya sudah lalui beberapa pengalaman dalam hidup yang mengajar betapa pentingnya untuk mengenali diri sendiri dan pasangan dalam membina hidup bersama. Jay seorang yang sangat menakjubkan sejak hari pertama saya jumpa dia. Dia sangat memahami dan kami berkongsi banyak persamaan. Saya rasa sangat bahagia dengan penerimaan keluarganya.

“Dalam hidup ini tidak ada sesiapa yang ingin lalui apa yang saya sudah lalui. Saya yakin dia adalah yang terbaik untuk saya. Seseorang yang hadir dalam hidup dan saya berdoa kepada Allah agar kami kuat untuk bersama sampai bila-bila,” katanya ketika dihubungi  hari ini. Menerusi Instastory, aktres berusia 39 tahun ini memuat naik semula beberapa keping foto yang dikongsi oleh rakan selebriti dan kenalan yang hadir ke majlis pernikahan mereka itu.

Dalam perkongsiannya itu, pasangan ini dilihat mengenakan baju sedondon berwarna peach dan duduk bergambar di atas pelamin ringkas. – Agensi

Natasha Hudson kembali bergelar isteri apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan Jay Jasmin. – Agensi