Friday, December 9, 2022
22.3 C
Brunei

-

Natijah penangkapan ikan berlebihan

Oleh Raz AS

Aktiviti penangkapan ikan merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan penurunan populasi kehidupan laut.

Meskipun secara amnya aktiviti menangkap ikan itu sendiri tidak semestinya menyebabkan pengaruh yang buruk terhadap kawasan perairan, namun apabila ikan-ikan ditangkap lebih cepat daripada ia membiak dan mengisi semula stok, ini dikenali sebagai overfishing atau penangkapan ikan berlebihan.

Selalunya penangkapan ikan berlebihan ini juga dikaitkan dengan penangkapan ikan komersial, yang dikatakan mengakibatkan banyak pembaziran. Nelayan-nelayan komersial menangkap ikan dalam jumlah yang sangat besar dan ikan-ikan serta kehidupan air lain yang tidak dimahukan dibuang begitu sahaja, selalunya dalam keadaan mati.

Disebabkan aktiviti penangkapan ikan berlebihan yang dilakukan secara meluas dan berpanjangan, hampir sepertiga daripada kawasan perikanan di seluruh dunia kini menghadapi masalah yang besar.

Walau bagaimanapun, disebabkan kurangnya penyelidikan yang dilakukan di tempat-tempat menangkap ikan, angka tersebut mungkin sahaja jauh lebih rendah daripada keadaan sebenar yang lebih membimbangkan.

Nelayan-nelayan komersial menangkap ikan dalam jumlah yang sangat besar dan ikan-ikan serta kehidupan air lain yang tidak dimahukan dibuang begitu sahaja, selalunya dalam keadaan mati. – Agensi

Menurut laman sesawang Tabung Alam Liar Sedunia (WWF), angka penangkapan ikan belebihan telah meningkat sebanyak tiga kali ganda dalam masa 50 tahun kebelakangan dan Organisasi Makanan dan Agrikultur Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan sesetengah tempat penangkapan ikan telah melepasi had biologinya.

Antara penyebab terjadinya penangkapan ikan berlebihan di seluruh dunia adalah kurangnya pengurusan yang baik dalam bidang perikanan, terutamanya undang-undang dan peraturan perikanan yang tidak sesuai yang memburukkan lagi keadaan, kurangnya penguatkuasaan ataupun tiadanya undang-undang sama sekali.

Mungkin masalah penangkapan ikan secara berlebihan ini, bagi kebanyakan orang biasa terutamanya kita sebagai pengguna merasakan ia kurang penting, namun sebenarnya sekiranya ia tidak dibendung ia lambat laun akan mempengaruhi dan membebankan kita di kemudian hari.

Meningkatnya permintaan terhadap makanan laut saban tahun membangunkan banyak perusahaan dan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang bukan sekadar dalam bidang perikanan. Perusahaan-perusahaan dan pekerjaan ini bergantung pada stok ikan dan hidupan laut yang ada. Bagi nelayan-nelayan tempatan tentu sahaja ia bergantung pada stok di perairan negara.

Apabila stok negara berkurangan atau habis, hasil tangkapan akan berkurangan begitu juga dengan hasil pendapatan. Mahu tidak mahu, para nelayan dan pengusaha sama ada terpaksa mengurangkan tenaga kerja mereka atau menetapkan harga yang lebih tinggi daripada sebelumnya.

Natijahnya, bukan sahaja peluang perniagaan dan pekerjaan akan berkurangan, bahkan para pengguna terpaksa membayar harga ikan serta makanan laut yang jauh lebih mahal dan terus meningkat demi hari, sedangkan kita sendiri tahu dan sedar tidak perlu dibawakan statistik yang bayaran gaji daripada beberapa dekad yang lalu tidak jauh berubah dengan sekarang, bahkan lebih teruk lagi ada yang menurun.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China umum pelonggaran sekatan seluruh negara

BEIJING, 7 DIS – China hari ini mengumumkan langkah pelonggaran sekatan COVID di seluruh negara yang menjejaskan negara ekonomi kedua terbesar dunia dan mencetuskan...
- Advertisment -