Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    NATO alu-alukan penyertaan Finland

    BRUSSELS, 12 MEI – Ketua NATO Jens Stoltenberg hari ini mengalu-alukan keputusan pemimpin Finland untuk menyertai perikatan tersebut, dan berkata proses keahlian akan berjalan ‘lancar.’

    Presiden Finland Sauli Niinisto dan Perdana Menteri Sanna Marin menyatakan sokongan terhadap penyertaan NATO – tanpa menghiraukan amaran dari Moscow – dan satu kenyataan formal untuk menjadi ahli NATO dijangka dikeluarkan pada Ahad.

    “Ia adalah keputusan rasmi daripada Finland, keputusan yang dihormati sepenuhnya NATO,” kata Stoltenberg.

    “Sekiranya Finland memutuskan untuk mengemukakan permohonan, mereka akan dialu-alukan oleh NATO, dan proses keahlian akan berjalan lancar dan cepat.”

    Finland dan Sweden telah mengambil langkah untuk menyertai pertubuhan itu sejak kuasa Barat mula mengkaji semula struktur keselamatan mereka berikutan serangan Rusia ke atas Ukraine.

    Namun Kremlin mengecam idea penyertaan NATO oleh Finland.

    “Pengembangan NATO dan pendekatan perikatan terhadap sempadan kami tidak menjadikan dunia dan benua kami lebih stabil dan selamat,” beritahu jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada wartawan.

    “Saya bersetuju dengan Presiden Niinisto dan Perdana Menteri Marin bahawa keahlian NATO akan memperkukuh lagi keselamatan NATO dan Finland,” kata Stoltenberg.

    “Keahlian Finland menunjukkan bahawa pintu NATO sentiasa terbuka dan Finland perlu memutuskan masa depannya sendiri.” – AFP

    Presiden Finland Sauli Niinisto semasa berucap pada sidang media bersama Perdana menteri British Boris Johnson di Istana Presiden di Helsinki, Finland pada 11 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...