ANKARA, 7 Mei – Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg pada Isnin menyuarakan kebimbangan dengan rancangan Turki untuk membeli sistem pertahanan peluru berpandu Rusia S-400, meskipun menerima tentangan Amerika Syraikat (AS).
“Pembelian apa-apa peralatan adalah keputusan setiap sekutu NATO,” kata Stoltenberg dalam sidang akhbar bersama Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu di Ankara.
“Tetapi apa yang saya bimbangkan kesan daripada keputusan itu kerana AS jelas mengatakan akan mengenakan sekatan,” katanya.
Sementara itu, Stoltenberg menyambut baik peranan Turki dalam misi latihan NATO di Iraq.
NATO membantu melindungi Turki dengan sistem pertahanan udara dan peluru berpandu selain rondaan ditingkatkan oleh pesawat pengawasan Amaran dan Kawalan Udara Turki, katanya.
“Selama bertahun-tahun, NATO telah melabur lebih AS$5 bilion untuk kemudahan tentera di Turki,” kata setiausaha agung itu sambil menambah ia termasuk infrastruktur penting seperti lapangan terbang, pangkalan tentera laut dan tapak radar. – Bernama