Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    NATO tunjuk kebolehan tentera

    OSLO, 25 Okt – Norway menjadi tuan rumah bagi latihan terbesar NATO, bermula hari ini sejak berakhirnya Perang Dingin, untuk mengingatkan Rusia, Gabungan itu tetap bersatu di sebalik kecurigaan yang disemai oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

    Kira-kira 50,000 orang tentera, 10,000 buah kenderaan, 65 buah kapal dan 250 buah kapal terbang dari 31 buah negara menyertai Trident Juncture 18, yang bertujuan melatih Gabungan Atlantik untuk mempertahankan negara anggota selepas serangan.

    “Dalam beberapa tahun kebelakangan, persekitaran keselamatan Eropah ketara semakin memburuk,” menurut Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg, dari Norway.

    Sementara ‘seteru berpotensi’ belum dikenal pasti, Rusia bermain-main di minda semua pihak Negara itu yang berkongsi sempadan 198 kilometer dengan Norway di Utara Jauh, telah berulang kali menunjuk-nunjukkan kekuatan ketenteraannya dalam beberapa tahun kebelakangan.

    Tentera Rusia telah mengambil alih Crimea, menjejaskan kestabilan timur Ukraine, meningkatkan kemampuan ketenteraannya di Artik dan mengadakan latihan terbesar di Timur Jauh pada September lalu.

    Kedutaan Rusia di Oslo berkata ia menyifatkan Trident Juncture ‘latihan anti Rusia’.Kegiatan seumpama itu muncul sebagai provokasi, meskipun cuba untuk diwajarkannya sebagai ciri pertahanan tulen, katanya

    Selama berbulan-bulan, Moscow berang dengan kehadiran meningkat ketenteraan Barat di rantau itu. AS dan Britain menambah penempatannya di Norway untuk membiasakan pasukan tentera mereka bergempur pada ketika cuaca sejuk.

    Jurucakap kementerian luar Rusia Maria Zakharova sebelum ini menyelar apa yang disifatkannya sebagai ‘ancaman perang’ NATO dan berikrar Moscow akan mengambil ‘langkah balas’.

    Beliau berkata “Negara-negara utama NATO menambah kehadiran ketenteraan mereka di rantau itu, berhampiran sempadan Rusia.” – AFP

    Perkhidmatan kecemasan tiba di Stuggusjoen, Tydal, Norway semasa latihan Trident Juncture 18 baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda