Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    NATO: Turkiye dijangka terima keahlian Finland

    ANKARA, TURKIYE, 15 MAC – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengusulkan hari ini yang Turkiye mungkin akan mengesahkan permohonan Finland menyertai NATO tidak lama lagi, membolehkan negara tersebut menyertai pakatan ketenteraan itu secara berasingan dari Sweden.

    Terkejut dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine setahun yang lalu, Finland dan Sweden meninggalkan dasar ketidakterlibatan selama beberapa dekad dan memohon untuk menyertai pakatan itu.

    Kesemua 30 ahli NATO telah meluluskan permohonan mereka dan 28 telah mengesahkan penerimaan mereka kecuali Turkiye dan Hungary.

    Kerajaan Turkiye menuduh Sweden terlalu lembut terhadap kumpulan-kumpulan yang dianggap sebagai organisasi keganasan dan ancaman eksistensi, termasuk kumpulan-kumpulan Kurdish. Walau bagaimanapun, Ankara telah menyatakan bahawa ia tidak mempunyai masalah dengan keahlian Finland.

    Apabila ditanya oleh wartawan sama ada Turkiye boleh menyetujui keahlian Finland selepas kunjungan Presiden Finland, Sauli Niinisto nanti dalam minggu ini, Erdogan menjawab bahawa ia adalah suatu kemungkinan jika untuk kebaikan.

    “Apapun prosesnya, proses tersebut akan berfungsi. Kami akan melakukan bahagian kami dan akan menepati janji kami. “Kami akan berjumpa dengan presiden pada Jumaat dan memenuhi janji yang kami buat,” katanya.

    Pegawai Turkiye telah berang dengan tindakan demonstrasi berasingan di Sweden, termasuk protes oleh aktivis anti-Islam yang membakar Al-Quran di luar Kedutaan Turkiye.

    Niinisto dijadualkan tiba di Turkiye bersama Menteri Luar, Pekka Haavisto esok, di mana kedua-dua pegawai akan melawat kawasan yang terjejas akibat gempa bumi dahsyat yang melanda sebahagian kawasan Turkiye dan Syria bulan lalu.

    Niinisto dan Erdogan dijadualkan akan berjumpa di Istanbul pada hari Jumaat. – AP

    Recep Tayyip Erdogan (kiri) dan isterinya, Emine semasa tiba di lapangan terbang Tegel untuk lawatan rasmi negara ke Jerman di ibu negara Berlin pada 27 September 2018. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...