Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Naturalisasi pemain, FAM tiada halangan

    KUALA LUMPUR, 9 Mei – Kerajaan tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu meneruskan program naturalisasi pemain demi meningkatkan mutu bola sepak negara, kata Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

    Beliau berkata jaminan itu dicapai hasil pertemuan delegasi FAM dengan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, Selasa lepas, bagi membincangkan perancangan masa hadapan badan induk itu menerusi peta hala tuju F:30, yang turut melibatkan program naturalisasi pemain kelolaan FAM. Hamidin menjelaskan bahawa kerajaan tiada halangan bagi program itu selagi prosedur operasi standard (SOP) pengambilan pemain naturalisasi itu tidak melanggar mana-mana peraturan ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang boleh memberi impak buruk kepada negara.

    “Kita tahu antara elemen yang besar dalam urusan pemain naturalisasi adalah kerajaan dan melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Tanpa kelulusan daripada kerajaan kita tidak akan dapat pemain naturalisasi.

    “Perjumpaan tempoh hari lebih kepada menerangkan mengenai SOP pengambilan pemain dan Tan Sri juga tiada halangan sekiranya ia berjalan mengikut peraturan dibenarkan FIFA dan sedia memberi sokongan,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Mengulas lanjut, Hamidin berkata pada masa ini, tanggungjawab FAM adalah mengenal pasti pemain naturalisasi berkualiti yang boleh menaikkan nama negara di pentas antarabangsa. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda