Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Naufal Azrin dituduh ‘murtad’

    Di sebalik kejayaan lagu Casablanca yang kini semakin popular dalam kalangan pendengar, penyanyinya iaitu Naufal Azrin turut berdepan dengan kecaman sesetengah pihak sehingga ada yang menggelarkan dirinya ‘murtad’.

    Menurut Naufal, 23, kecaman tersebut disebabkan dia sebelum ini pernah tampil dengan kumpulan nasyid Zayne dan kini dilihat beralih kepada genre muzik berbeza.

    “Saya baca komen-komen yang diberikan oleh warganet, ada yang katakan saya murtad kerana sebelum ini menyanyi nasyid dan sekarang keluar dengan lagu Casablanca.

    “Memang rasa tertekan juga apabila mendapat kecaman begitu, namun apa boleh buat? Kita tidak boleh nak tutup mulut orang lain, biarkanlah mereka nak bercakap.

    “Mujurlah komen tersebut hanya di media sosial, jadi tidaklah memberi kesan sangat kepada saya.

    Naufal terima semua teguran dengan hati terbuka. – Agensi

    “Sebagai penyanyi, rasanya saya perlu fleksibel. Kalau lagu sebegini boleh serlahkan bakat saya, apa salahnya untuk teruskan sahaja,” katanya kepada mStar.

    Dalam masa sama, baru-baru ini lirik lagu nyanyian bersama Nuha Bahrin ini turut menjadi bualan ramai termasuk guru bahasa Melayu kerana dikatakan terdapat penyalahgunaan tatabahasa.

    Menerima dengan hati terbuka pandangan semua pihak, Naufal juga tidak menolak isu tersebut menjadi faktor lagu nyanyiannya mendapat sambutan hangat.

    Sementara itu, Naufal juga meluahkan rasa syukur apabila lagu tersebut berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 10 juta di Youtube dalam tempoh kurang sebulan dilancarkan.

    Tidak memilih dalam soal pemilihan genre lagu, Naufal menyerahkan semuanya kepada syarikat pengurusan untuk menentukan hala tuju muzik yang bakal ditampilkan pada masa akan datang.

    “Untuk pemilihan lagu selepas ini saya belum tahu lagi kerana saya serahkan semua kepada pihak pengurusan. Terima sahaja apa sahaja jalan yang telah ditetapkan,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...