Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Naufal Samudra dibebaskan, polis tak jumpa bukti miliki dadah

    Pelakon Indonesia, Naufal Samudra, 23, dibebaskan pihak polis selepas dua hari ditahan akibat terbabit penyalahgunaan dadah.

    Setelah menjalani siasatan, polis tidak menjumpai bukti kukuh yang boleh mengaitkannya dengan kes tersebut.

    Selain itu ujian air kencing yang dijalankan juga negatif.

    Meskipun pernah dikaitkan dengan masalah sama sekitar tahun 2020 dahulu, Naufal akui dirinya kini bersih dan turut menasihati anak mudah supaya menjauhi dadah.

    “Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Polis Daerah Metro Jaya (Indonesia) kerana sudah ingatkan saya tentang dadah.

    “Sekarang saya sudah bersih.

    “Untuk generasi muda, mohon jadikan ini sebagai contoh dan pengajaran. Jangan cuba-cuba sentuh dadah,” ujar Naufal.

    Naufal ditahan di rumah ibu bapanya di daerah Jakarta Selatan pada 7 Januari lalu selepas pihak polis di sana mendapat maklumat terdapat pesanan membeli dadah oleh pelakon Mermaid In Love itu.

    Dia sebelum ini pernah ditahan pada tahun 2020 atas kesalahan memiliki dadah. – Agensi

    Naufal Samudera dibebaskan setelah menjalani siasatan, polis tidak menjumpai bukti kukuh yang boleh mengaitkannya dengan kes tersebut. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...