Navas diketepikan skuad PSG

LISBON, 17 OGOS – Penjaga gol Paris Saint-Germain, Keylor Navas akan diketepikan dari perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang kelab dari Jerman, Leipzig, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab Perancis kelmarin.

Penjaga gol dari Costa Rica, Navas meninggalkan padang dalam perlawanan suku akhir yang penuh dramatik menentang Atalanta setelah mengalami masalah otot dan akan terlepas aksi pertemuan menentang kelab Jerman itu esok.

Penjaga gol dari Sepanyol, Sergio Rico, yang hanya bermain sembilan perlawanan sepanjang musim ini, bakal diturunkan dalam perlawanan tersebut di Lisbon selepas menggantikan pemenang Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali, Navas ketika menentang pasukan dari Itali.

Pemain tengah, Idrissa Gueye masih belum pasti diturunkan untuk beraksi dalam pusingan separuh akhir tetapi Marco Veratti, Thiago Silva dan Layvin Kurzawa telah mengambil bahagian dalam sesi latihan meski mengalami kecederaan.

Ander Herrera, Leandro Paredes dan Marquinhos akan menjadi pilihan pengurus Thomas Tuchel untuk menggantikan pemain kebangsaan Senegal itu. – AFP