Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Naza Kia mahu 5,000 Picanto terjual

    KUALA LUMPUR, 10 Jan – Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kereta Kia di Malaysia, menyasarkan jualan 5,000 unit Picanto baharunya pada 2018.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Kumpulan Auto) Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George, berkata model itu akan menyumbang 50 peratus daripada sasaran jualan Naza Kia tahun ini.

    “Kami menjangkakan rangkaian kami mampu menjual 5,000 unit, kurang hanya dua peratus daripada penguasaan pasaran tempatan bagi segmen A- dan B, yang berjumlah hampir 290,000 unit.

    “Kami yakin angka penjualan Picanto baharu dapat dicapai kerana ia merupakan produk yang sangat baik pada harga yang sangat menarik. Kami tidak menawarkan harga bawah RM50,000 untuk tempoh yang sudah lama,” katanya kepada media selepas melancarkan model itu, di luar acara Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18), di sini hari ini.

    Generasi ketiga Kia Picanto ini ditawarkan pada harga RM49,888 (di jalan raya, tanpa insurans). – Bernama

    Datuk Samson Anand George (kiri), Ivan Kuan (kanan) dan H.M. Sun bergambar bersama model Kia Picanto serba baharu pada majlis pelancaran kereta itu semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda