Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Nazmi Faiz digugurkan susulan kecederaan

    KUALA LUMPUR, 16 MAC – Ketua jurulatih pasukan bola sepak Malaysia, Kim Pan Gon menggugurkan pemain tengah Muhamad Nazmi Faiz Mansor dari skuad Harimau Malaya susulan kecederaan di pangkal paha.

    Pan Gon berkata pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) berumur 27 tahun itu mengalami kecederaan semasa menjalani kem latihan berpusat di Stadium Nasional Bukit Jalil sejak Isnin.

    “Pengurusan pasukan negara memutuskan untuk tidak memanggil pemain ganti, dan meneruskan kem latihan dengan 29 pemain sedia ada ketika ini,” katanya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

    Semalam Pan Gon memanggil pemain tengah Kuala Lumpur City FC Zhafri Yahya, yang berada dalam senarai menunggu, bagi menggantikan penyerang Petaling Jaya City FC Darren Lok, yang didapati positif COVID-19.

    Terdahulu jurulatih dari Korea itu telah memanggil pemain pertahanan Negeri Sembilan FC Ahmad Khuzaimi Piee bagi menggantikan pemain JDT Syahmi Safari, yang terdahulu memohon pengecualian susulan kelahiran bayi kembar tiga.

    Malaysia dijadual berdepan Filipina pada 23 Mac dan tuan rumah Singapura pada 26 Mac dalam perlawanan Persahabatan Peringkat 1 Antarabangsa di Stadium Nasional Singapura, sebelum menentang pasukan Liga Singapura, Albirex Niigata pada 28 Mac di Stadium Jalan Besar. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...