Oleh Yusrin Junaidi
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Anak-anak yatim di negara ini terus mendapat pemedulian daripada pihak kerajaan dan swasta menjelang Aidilfitri dan hari ini, Nazmi Textile tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan kepada 73 orang anak-anak yatim.
Sumbangan disampaikan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri dan Pengarah Urusan Nazmi Textile, Nazir Ahmad Zachariah.
Selain sumbangan berupa barangan keperluan Aidilfitri, anak-anak yatim ini turut menerima sampul hijau yang diharap sedikit sebanyak membantu meringankan perbelanjaan mereka menjelang Lebaran.
Penerima merupakan anak-anak yatim di bawah tadahan Mukim Berakas A dari Kampung Jaya Setia, Jaya Bakti, Burong Pingai Berakas, Anggerek Desa, Pancha Delima, Orang Kaya Besar Imas, Serusop dan Delima Satu.
