NBA: aksi LeBron, Harden, Westbrook menyerlah

WASHINGTON, 1 Jan – Pemain Houston, James Harden menjaringkan skor tertinggi dalam karier dengan 53 mata, pemain Oklahoma City, Russell Westbrook pula meraih separuh pertama triple double dan aksi LeBron James ke atas skuad Cleveland dalam usaha untuk meraih kejayaan dalam perlawanan NBA semalam.

Westbrook, penjaring terbanyak NBA dengan 31.3 mata permainan, hanya memerlukan 19 minit untuk sampai ke angka berganda dan selesai dengan 17 mata, 14 assis dan 12 rebound dalam kemenangan 114-88 Thunder ke atas Los Angeles Clippers.

Harden, bekas rakan sepasukan Thunder, Westbrook, meraih triple double dengan 17 assis – yang menyamai karier terbaiknya – dan 16 rebound dalam menerajui Rockets ke atas New York 129-122.

Pemain ‘Most Valuable Player NBA’, James menjaringkan 32 mata, 17 pada suku pertama, dan meraih sembilan assis, manakala Kevin Love menambah 28 mata dan 10 rebound untuk mempertahankan kejuaraan Cavaliers ke atas Charlotte 121-109.

Aksi James Harden (13) ketika beraksi pada separuh masa kedua permainan bola keranjang di Houston, kelmarin. – AP
Aksi James Harden (13) ketika beraksi pada separuh masa kedua permainan bola keranjang di Houston, kelmarin. – AP

Westbrook, satu-satunya pemain NBA sejak tahun 1997 menjaringkan 11 mata, meraih 10 rebound dan 12 assis untuk memberikan Oklahoma City kelebihan 69-40.

Di Charlotte, Jordan McRae menjaringkan 20 mata dalam hanya kerjaya permulaan keduanya untuk memberi beban kepada James tatkala Cleveland telah kehilangan pemain Kyrie Irving kerana kecederaan dan pemain Mike Dunleavy dengan kecederaan buku lali.

Kemba Walker menerajui Charlotte dengan 37 mata. – AFP