NEW YORK, 18 Jan – Pemain Houston Rockets Trevor Ariza dan Gerald Green masing-masing digantung dua perlawanan oleh NBA kelmarin akibat membuat ‘lawatan’ ke bilik persalinan pasukan lawan mereka.
Insiden itu berlaku selepas Los Angeles Clippers menewaskan pasukan pelawat Rockets 113-102 pada Isnin.
Siasatan NBA yang melibatkan lebih dari 20 temu bual dengan jurulatih, kakitangan pemain dan eksekutif dari kedua-dua pasukan serta kakitangan arena mengesahkan Ariza dan Green memasuki bilik ganti Clippers sejurus selepas perlawanan mereka dan terlibat dalam apa yang dikatakan menurut penyataan NBA sebagai ‘perbalahan musuh, bertukar-tukar kata,’ dengan beberapa pemain Clippers. – AFP