LOS ANGELES, 17 Jan – Anthony Davis menjaringkan 45 mata apabila New Orleans Pelican menumpaskan Boston Celtics 116-113 di TD Garden semalam.
Davis, yang sebelum perlawanan telah mengenepikan laporan dia akan berpindah ke Boston, telah memperlihatkan secara sepintas lalu kepada para peminat di tempat sendiri apa yang mungkin mereka rindukan apabila menunjukkan prestasi yang luar biasa hebatnya.
Pemain penyerang berusia 24 tahun itu memperlihatkan bentuk sensasi, juga mencelah bersama 16 rebound dan dua bantuan, ketika Pelican semakin bersemangat dengan mencatatkan 23-20 untuk mara ke tempat keenam dalam kedudukan Western Conference.
Itu adalah permainan tiga kali berturut-turut dengan catatan 40 mata bagi Davis, yang telah menjaringkan 48 apabila bertemu New York Knicks Ahad lalu dan 41 apabila bertemu Portland Jumaat lalu.
“Saya hanya turun dan cuba membawa pasukan saya kepada kemenangan,” kata Davis. “Itu adalah kemenangan yang memuaskan bagi kami semua malam ini.”
Davis dibantu dengan 23 mata dari Jrue Holiday manakala DeMarcus Cousins menambah 19. Ian Clark menambah 15 apabila diturunkan ketika Pelicans terus bersemangat dalam permainan lebih masa untuk memeterai kemenangan.
Sementara itu pasukan Celtics tetap berada di tangga teratas kedudukan Eastern Conferende NBA pada 34-11, tetapi mereka menyaksikan tujuh perlawanan tanpa kalah telah dijejaskan oleh kekalahan itu.
Kyrie Irving mendahului jaringan untuk Boston dengan 27 mata namun Celtics gagal memeterai kemenangan selepas mendahului 101-96 dengan masa tinggal dua minit lagi dalam suku keempat.
Davis telah memberi inspirasi bagi New Orleans, dengan melahirkan dua lontarn an percuma untuk meletakkan New Orleans di hadapan dengan 104-102 apabila permainan berakhir.
Tetapi Irving melakukan lontaran melayang dengan masa tinggal 11.8 saat dan memaksa lebih masa apabila kedudukan 104-104.
Marcus Smart melakukan lompatan 10 kaki untuk membantu Boston mencipta pendahuluan 113-110 dengan tempoh lebih masa tinggal dua minit lagi. Namun Cousins membalas balik dengan dua mata sebelum Holiday menjadikan cataan 114-113.
Holiday melakukan lompatan 13 kaki untuk mencatatkan 116-113 dan Pelicans bertahan.
“Saya memberitahu supaya agresif dan dia melakukan itu,” Davis berkata tentang prestasi Holiday. – AFP