Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    NBA denda Mavericks

    NEW YORK, 19 MEI – NBA bertindak tegas terhadap tingkah laku gaduh di bangku simpanan Dallas dengan mengenakan denda AS$50,000 terhadap Mavs kerana melanggar peraturan ‘Ketertiban bangku simpanan pasukan’ dalam kemenangan bersiri mereka ke atas Phoenix Suns kelmarin.

    Ia merupakan denda kedua yang dikenakan terhadap Mavs dalam dua minggu, dan menggandakan penalti AS$25,000 yang dikenakan pada 6 Mei lalu.

    Presiden operasi liga NBA, Byron Spruell, berkata jumlah denda itu mencerminkan pelanggaran terdahulu pasukan semasa play-offs. Denda itu diumumkan beberapa jam sebelum Luka Doncic dan Mavericks membuka perlawanan akhir Western Conference menentang Golden State Warriors di San Francisco. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...