Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    NBA gantung jersi nombor 6

    NEW YORK, 12 OGOS – Pertubuhan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) akan memberi penghormatan kepada pemain nombor satu dunia dan aktivis hak asasi manusia, Bill Russell, dengan menggantungkan jersi nombor 6. Penghormatan seumpamanya pertama kali dilakukan dalam sejarah NBA.

    Satu tampalan bagi memperingati juara 11 kali itu akan dipakai di sebelah kanan jersi setiap pemain bola keranjang manakala logo berbentuk daun shamrock akan digunakan sepanjang musim liga pada tahun 2022-2023, jelas NBA dalam satu kenyataan.

    “Kejayaan yang tiada tolok banding dicapai oleh Bill Russell dalam gelanggang bola keranjang dan usaha pemain itu dalam menegakkan hak asasi manusia wajar menerima penghormatan dalam cara yang unik dan bersejarah,” kata pesuruhjaya NBA, Adam Silver.

    Russel, pemain Boston Celtics yang memenangi 11 gelaran juara NBA serta lantang dalam menegakkan keadilan, meninggal dunia pada 31 Julai ketika berusia 88 tahun.

    Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, dan bekas Presiden AS, Barack Obama antara yang memberi penghormatan atas sumbangan Bill di dalam dan di luar gelanggang. Bill Russell menerima Medal of Freedom daripada Barack Obama pada tahun 2011. Pengarah eksekutif NBPA, Tamika Tremaglio, berkata persatuan tersebut mengalu-alukan dan menyokong usaha memberi penghormatan kepada Bill Russell.

    “Usaha Bill di dalam dan di luar arena bola keranjang sepanjang hidupnya telah membantu membentuk pemain-pemain generasi baharu kepada kebaikan dan kami berterima kasih,” kata Tremaglio.

    Russel memakai jersi nombor 6 sepanjang 13 musim dari tahun 1956 hingga 1969.

    Jersi nombor 6 tidak akan diberikan kepada pemain pasukan NBA, tetapi bagi pemain yang ketika ini menggunakan nombor 6 seperti LeBron James boleh mengekalkannya. – AFP

    Jersi pemain Boston Celtics, Bill Russell, nombor 6 ketika dipaparkan untuk dilelong di Boston. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...