NBA jangka kerugian ‘ratusan juta’ dari China

NEW YORK, 16 FEB – Pesuruhjaya NBA, Adam Silver, berkata Sabtu lalu bahawa mereka menjangkakan akan mengalami kerugian sebanyak ‘ratusan juta dolar’ disebabkan oleh perbalahan dengan China mengenai tweet pe-ngurus besar Houston Rockets, Daryl Morey yang menyatakan sokongan beliau terhadap penyokong pembantah Hong Kong yang pro-demokratik.

Penaja NBA dari China telah memutuskan hubungan mereka sebagai tanda serangan balas terhadap tindakan Morey Oktober lalu, dua minggu sebelum pasukan NBA mengadakan perlawanan persahabatan di China.

Penyiar negara China, CCTV turut memberhentikan siaran perlawanan NBA di seluruh negara dan China merupakan antara negara yang mempunyai peminat sukan bola keranjang yang paling ramai.

“Kerugian skala besar ini mungkin akan mencecah sehingga jutaan dolar,” Silver memberitahu wartawan dalam sidang All-Star Weekend di Chicago.

“Berkemungkinan kurang daripada AS$400 juta, atau kurang daripada jumlah itu,” menurut beliau.

“Ia adalah (satu jumlah yang) besar,” tambah beliau.

“Saya tidak mahu lari dari semua ini…tetapi saya tidak tahu apakah masalah yang akan menimpa pada perniagaan kami di sana.”

Pesuruhjaya menjangka CCTV bakal menyambung siaran perlawanan NBA kelak tanpa memberikan tarikh yang jelas. – AFP

Pesuruhjaya NBA, Adam Silver ketika sidang media di Chicago memberitahu NBA menjangkakan kerugian besar dari China. – AFP