LOS ANGELES, 16 MEI – LeBron James mempamerkan kejayaan aksi kembalinya selepas mengalami kecederaan ketika Los Angeles Lakers terus menghidupkan harapan untuk menduduki kedudukan playoff NBA secara automatik dengan kemenangan 122-115 ke atas Indiana Pacers, kelmarin.
James menamatkan perlawanan dengan 24 mata sementara Anthony Davis mendahului jaringan dengan 28 mata ketika Lakers melaungkan bahawa mereka tidak akan menyerahkan kejuaraan NBA tanpa memberikan sebarang tentangan ketika perlawanan selepas musim semakin menghampiri.
Kemenangan kelmarin bermakna Lakers masih boleh mengesahkan kedudukan pilihan keenam dan mengelak bermain di kejohanan play-in jika mereka menang perlawanan terakhir di musim biasa menentang New Orleans Pelicans dan Portland tewas kepada Denver di perlawanan terakhir.
Persembahan kelmarin membuktikan, Lakers mampu mengulangi prestasi yang membawa mereka menjulang kejuaraan musim lalu tepat pada masanya, dengan James bermain lebih baik bersama Davis sementara pemain utama yang lain kembali dari kecederaan.
Ketika kepulangan James, pemain Jerman, Dennis Schroder turut kembali dari terlepas tujuh perlawanan akibat protokol COVID-19, menjaringkan 14 mata, sementara jurulatih Lakers, Frank Vogel mengesahkan Alex Caruso kini cergas namun tidak beraksi pada kelmarin. Enam pemain Lakers menamatkan perlawanan dengan dua angka, sementara 14, Schroder menambah 14 mata semasa kepulangannya.
James sementara itu gembira untuk pulang dari kecederaan tanpa sebarang masalah, berkata selepas perlawanan bahawa buku lali membengkak kini semakin pulih. “Lebih banyak pergerakan, terasa sangat baik,” kata James.
“Terdapat sedikit rasa bengkak selepas perlawanan tamat, ia sudah dijangka pada sebelah petang pada perlawanan kelmarin, yang mana ia adalah tugas sangat baik untuk diri saya dan pasukan perubatan.”
James menambah bahawa hilang keseimbangan pada perlawanan petang kelmarin, yang awalnya dijangka berlangsung pada sebelah malam. – AFP
