NBA: Mavericks timang nama baru
NEW YORK, 5 Jan – Dallas Mavericks, yang pertama kali menandatangani pemain berbangsa Cina dalam sejarah NBA, telah menggunakan nama samaran baru dalam bahasa Cina iaitu “Lone Ranger Heroes”, selepas hampir 20 tahun dipanggil sebagai “Lembu Kecil” atau “Little Cows” dalam bahasa itu. Dan kemungkinan lebih banyak pasukan NBA akan mengikuti jejak langkah Mavericks ini.


































