LOS ANGELES, 14 Sept – Ketika NBA menyertai liga-liga sukan di seluruh dunia dalam membenarkan nama-nama penaja di atas jersi, Golden State Warriors menandatangani persetujuan logo bersama Rakuten yang dilaporkan bernilai AS$60 juta (50 juta euro) dalam tempoh tiga tahun.
Persetujuan bersama juara NBA adalah salah satu dari beberapa penajaan sukan yang diburu oleh Rakuten, gergasi e-perdagangan Jepun yang mana logo tersebut berada dalam set pasukan FC Barcelona.
Ketua Rakuten, Hiroshi Miki-tani memberitahu sidang akhbar di Oakland, California semalam bahawa dia “teruja” untuk mengumumkan perkongsiannya bersama Warriors dan NBA.
Ketua pegawai pemasaran Warriors, Chip Bowers berkata pasukan itu tertarik kepada Rakuten bagi kedudukannya dalam global dan penggabungan setempat, dengan tapak Ebates beribu pejabat di San Francisco.
Rakuten, yang juga memiliki aplikasi mesej Viber dan jenama e-buku Kobo begitu juga dengan kelab bola sepak J-League, Vissel Kobe dan pasukan pro bola keranjang Rakuten Golden Eagles, akan memiliki logo merah dan hitam yang dipamerkan dalam jersi berwarna putih Warriors bermula musim ini. Logo berwarna putih akan menghiasi jersi biru gelanggang luar kelab itu. Lencana itu akan berada di sudut kiri, bersebelahan dengan logo Nike. – AFP