NBA rancang 17 pemain sepasukan

LOS ANGELES, 12 JUN – Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) merancang untuk membenarkan sebanyak 17 pemain setiap pasukan ketika musim ini dimulakan semula pada akhir bulan depan, lapor media AS semalam.

Jumlahnya akan merangkumi 15 pemain dengan kontrak standard dan dua pemain setiap pasukan berada di bawah perjanjian dua hala.

Perlawanan NBA telah ditutup sejak 11 Mac lalu kerana wabak COVID-19.

22 daripada 30 pasukan NBA dijadualkan kembali musim ini pada akhir bulan depan di kompleks sukan Disney Resort di Orlando, Florida.

Tarikh memulakan semula musim NBA adalah pada 31 Julai, tetapi ESPN melaporkan bahawa rancangan terbaharu adalah menangguhkannya hingga 30 Julai.

Aksi LeBron James dari Los Angeles Lakers ketika mengawal bola dari tekanan CJ McCollum dari Portland Trailblazers pada 31 Januari 2020 di Los Angeles pada perlawanan NBA lalu. – AFP

Di bawah jadual yang baharu, 14 pasukan akan disingkirkan dalam masa 53 hari setelah tiba di Florida.

Hanya empat pasukan yang akan kekal selepas 67 hari, kata ESPN. Liga menjangkakan final NBA akan bermula pada 30 September.

Setelah playoff dimulakan, pasukan boleh mengganti mana-mana pemain yang disahkan positif COVID-19 dengan pemain simpanan.

Pemain baharu akan dikenakan tempoh kuarantin minimum tujuh hari. Liga merancang untuk memulakan kem latihan pada 9 hingga 11 Julai.

Para pemain akan dikuarantin sebelum memulakan latihan formal.

Lapan pasukan NBA yang disingkirkan semasa beraksi di Orlando dibenarkan untuk menandatangani kontrak pemain semasa jendela perpindahan pada akhir bulan Jun ini. – AFP