NBA sasar kembali Julai ini

LOS ANGELES, 4 JUN – NBA berhasrat untuk menyelesaikan musim 2020 pada pertengahan Oktober, menurut laporan semalam, ketika liga bakal kembali selepas penutupan akibat COVID-19.

ESPN melaporkan bahawa berdasarkan jangka waktu yang akan dipilih oleh Dewan Gabenor NBA Khamis lalu, perlawanan akhir NBA akan berlangsung selewat-lewatnya pada 12 Oktober.

Persatuan Pemain NBA dan NBA masih belum memuktamadkan perincian penyambungan semula musim ini, sejak dihentikan pada 11 Mac lalu akibat wabak COVID-19.

ESPN melaporkan bahawa liga merancang format 22 pasukan untuk kembali bermain pada 31 Julai.

Semua permainan dijangka berada dalam lingkungan Kompleks Sukan ESPN Wide World of Disney di Orlando Florida, dengan semua pasukan kekal berada di lokasi tersebut untuk mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19.

Cadangan NBA untuk dikemukakan di dewan memerlukan sokongan tiga perempat dari 30 pasukan liga agar dapat disetujui.

ESPN melaporkan terdapat banyak sokongan untuk rancangan yang disyorkan oleh pesuruhjaya NBA, Adam Silver.

Salah satu masalah utama yang harus diselesaikan adalah format pertandingan yang akan menentukan kesebelasan utama untuk playoff 16 pasukan. – AFP

Logo NBA kelihatan di kedai NBA 5th Avenue di New York. NBA sedang memuktamadkan perincian rancangan yang diharapkan akan dipersetujui oleh Dewan Gabenor liga untuk membuka jalan NBA kembali semula dengan menyelesaikan musim pada pertengahan Oktober. – AFP