LOS ANGELES, 19 MAC – Pesuruhjaya NBA, Adam Silver, mempertahankan ujian perubatan bagi koronavirus COVID-19 kepada para pemain liga semalam sejurus selepas majoriti rakyat Amerika menghadapi masa menunggu yang lama untuk diuji penyakit itu.
Datuk Bandar New York, Bill De Blasio menyelar pasukan NBA kerana semudahnya dapat mengakses ujian COVID-19 selepas empat pemain dari Brooklyn Nets, termasuk bintang Kevin Durant yang telah diuji positif virus itu.
Beberapa pasukan NBA termasuk Nets, Utah Jazz, Boston Celtics, Toronto Raptors dan Los Angeles Lakers telah diuji untuk penyakit itu dengan kemudahan persendirian walaupun kekurangan kit ujian.
“Kami mengharapkan mereka pulih dengan cepat,” kata De Blasio kepada pemain Nets.
“Tetapi, dengan segala rasa hormat, seluruh pasukan NBA tidak akan dapat ujian untuk COVID-19 sementara ada pesakit kritikal yang menunggu untuk diuji.

“Ujian bukanlah untuk orang kaya, tetapi untuk orang yang sakit.”
Dalam temu bual kelmarin, Silver berkata sejumlah lapan pasukan NBA telah menjalani ujian.
Tetapi sementara itu Silver mengakui kritikan Blasio, dia mempertahankan keputusan untuk menguji pemain, mengatakan NBA bertindak atas nasihat pihak berkuasa kesihatan awam.
“Saya sudah tentu mengerti tetapi malangnya kita berada dalam situasi ini bahawa kami memerlukan untuk ujian perubatan, jadi isu asasnya jelas adalah terdapat ujian yang tidak mencukupi,” kata Silver.
“Saya hanya berkata dalam kes NBA bahawa kami telah mengikuti cadangan pegawai kesihatan awam.”
Pihak berkuasa AS telah ketinggalan dalam mengerahkan kit ujian, yang mana ahli-ahli kesihatan telah mengatakan kelambatan itu menyebabkan virus itu semakin merebak di dalam negara itu. –AFP