Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    NBT bakal ditandatangani di UNGA ke-72

    KUALA LUMPUR, 19 Sept – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) ke-72 yang berlangsung di New York minggu ini, tertumpu kepada Triti Pengharaman Senjata Nuklear (NBT)  yang dijadual ditandatangani pemimpin negara anggota pada 20 September.

    Penasihat Undang-Undang Serantau Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) untuk Asia Tenggara, Kelisiana Thynne berkata, selepas triti diterima pakai lebih 120 negara di UNGA pada 7 Julai, dengan menandatangani

    perjanjian itu secara rasminya negara anggota boleh mengesahkan pendirian menolak sebarang penggunaan dan pembangunan senjata nuklear.

    “Dengan menandatangani perjanjian itu, negara anggota akan menyokong pengharaman senjata nuklear secara menyeluruh. Ia akan menghantar mesej jelas kepada dunia, bahawa majoriti kerajaan di dunia beranggapan semua negara tidak harus menggunakan senjata nuklear, ” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

    Thynne menjelaskan selepas ia ditandatangani, dokumen perjanjian itu perlu dikemukakan kepada pihak undang-undang berkaitan di negara masing-masing sebelum perjanjian dapat disahkan. NBT boleh dikuatkuasakan selepas 50 negara mengesahkannya.

    Beliau berkata NBT dilihat lebih menyeluruh kerana melarang penuh senjata nuklear berbanding Perjanjian Pencegahan Percambahan Senjata Nuklear (NPT).

    “NPT sebelum ini sekadar  mengenai pelucutan senjata dan tidak menggalakkan penghasilan senjata nuklear dan tidak benar-benar mempertimbangkan kesan senjata itu terhadap kemanusiaan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda