Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    NBT Gift of Smile ceriakan anak yatim

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 APRIL – NBT (Brunei) Sdn Bhd hari ini menceriakan anak-anak yatim dengan menghulurkan NBT Ramadan Care Packages kepada anak-anak yatim bagi Daerah Brunei dan Muara pada Majlis NBT Gift of Smile.

    Sumbangan berkenaan, yang merangkumi kit ujian pantas antigen (ART), Vitamin C, pensanitasi tangan dan pelbagai makanan kering seperti biskut dan lain-lain, merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat NBT yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk menggembirakan anak-anak yatim berkenaan terutama pada bulan Ramadan.

    Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah Urusan NBT, Haji Ahmad Omar bin Haji Husin.

    Menurut beliau, melalui program tahunan itu, NBT sangat berpuas hati dalam memberikan pengalaman yang bermakna di bulan Ramadan dengan menghulurkan sumbangan kepada mereka yang berhak menerimanya.

    Dalam kesempatan ini, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang terdiri daripada kakitangan NBT dan pelanggan yang telah memberikan sokongan berterusan kepada NBT untuk menjayakan program NBT Gift of Smile pada tahun ini.

    Turut hadir menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Pengurus Besar Jualan Kanan, Leong Cheng Soon; Pengurus Besar Lepas Jualan, Lauro De Guzman; Pengurus Besar Kewangan, Leong Nyuk Yen; Pengurus Besar Pemasaran, Audrey Yong; Penolong Pengurus Besar Lexus, Awang Muhammad Clovien; Pengurus Besar IT dan Harta, Mak Soon Fatt dan Pengurus Sumber-sumber Manusia, Pengiran Amirul.

    Haji Ahmad Omar ketika menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis NBT Gift Of Smile baru-baru ini.
    Antara barangan yang disumbangkan kepada anak-anak yatim.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...