NBT sumbang lima kenderaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Dalam sama-sama menangani penularan pandemik COVID-19, badan-badan korporat dan syarikat swasta tidak ketinggalan untuk memberikan sokongan bagi membantu meringankan bebanan petugas barisan hadapan.

Sehubungan itu, NBT (Brunei) Sdn Bhd telah menyalurkan sokongan kepada Emergency Medical Ambulance Services Brunei Darussalam (EMAS) dengan bantuan lima buah kenderaan bagi kegunaan EMAS.

Sokongan kenderaan itu akan membantu meringankan bebanan kepada kumpulan ambulans.

NBT (Brunei) telah menghulurkan sumbangan lima buah kenderaan kepada Emergency Medical Ambulance Services Brunei Darussalam (EMAS) bagi membantu meringankan bebanan kumpulan ambulans. – Gambar serahan EMAS