NCT 127 pecah rekod peribadi dengan album baharu Neo Zone

SM Entertainment baru-baru ini secara rasmi mengumumkan bahawa album studio kedua NCT 127 Neo Zone telah mencapai bilangan tertinggi stok pra-pesanan bagi kumpulan tersebut sehingga kini.

Menurut agensi, pada 5 Mac lalu, album yang akan datang itu melebihi 530,000 stok pra-pesanan, menandakan rekod peribadi baharu untuk kumpulan itu. Pelancaran mini album NCT 127 pada tahun 2019 We Are Superhuman sebelumnya, bukan hanya mendahului kedua-dua carta album domestik dan carta iTunes di seluruh dunia, tetapi ia juga membuat debut hebat di tangga nombor 11 di carta Billboard 200 tahun lepas, menjadikan penonton industri ingin melihat bagaimana Neo Zone akan memasuki carta AS dalam minggu-minggu mendatang.

Neo Zone yang memuatkan 13 buah trek, dilancarkan kelmarin. Terdahulu sebelum pelancaran album tersebut, NCT 127 menayangkan video muzik untuk lagu baharu mereka Kick It pada 5 Mac lalu pada tengah malam waktu setempat. – Agensi

NCT 127 melancarkan album baharu mereka, Neo Zone yang telah berjaya memecahkan rekod peribadi mereka bagi penjualan album pra–pesanan mereka. – Agensi