NDP bertahlil secara maya

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV – Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin dan Tahlil beramai-ramai khusus untuk Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim yang diadakan secara maya, kelmarin.

Majlis berkenaan disertai oleh pemangku presiden NDP, setiausaha agung, pengerusi ahli lembaga penasihat dan barisan kepimpinan parti yang hadir selaku tetamu kehormat majlis.

Bacaan Surah Yasin, Doa Tahlil, Doa Pelindung dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Ketua Agama Islam NDP, Haji Sulaiman bin Haji Duraman.

Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim telah mangkat pada 24 Oktober 2020 Masihi.

Majlis Bacaan Surah Yasin dan Tahlil anjuran NDP yang diadakan secara maya.