Neelofa duta pertama Lancome Asia Tenggara

Selebriti popular Malaysia Neelofa (gambar bawah) kini dilantik sebagai duta pertama Asia Tenggara bagi syarikat kosmetik terkenal Perancis, Lancome selepas tiga tahun mewakili jenama itu di Malaysia selain menjadi wani-ta berhijab pertama yang menjadi duta produk kecantikan tersebut.

“Saya amat berbesar hati dinamakan sebagai duta pertama Asia Tenggara bagi satu jenama yang telah saya anggap sebagai sebahagian daripada keluarga saya.

“Saya percaya kebahagiaan adalah satu perjalanan dan bukan satu destinasi, dan perjalanan saya bersama Lancome adalah sesuatu yang luar biasa,” katanya dalam satu rakaman video hari ini.

Beliau juga berharap dapat berhubung dengan wani-ta dari rantau Asia Tenggara dalam mempromosi manfaat produk itu dan pada masa sama, mencari kekuatan yang mampu menyatukan mereka.

Para selebriti dan peminat membanjiri ruangan komen di laman media sosial Neelofa untuk mengucapkan tahniah selepas beliau memuat naik video itu pada 12 tengah hari ini yang telah ditonton lebih 140,000 kali.

Hos televisyen, aktor dan penyanyi Alif Satar menulis “Congrats babe! Go lofa!!!” yang diikuti selebriti lain termasuk Siti Saleha, Daphne Iking, Daiyan Trisha, Fara Fauzana dan Dynas Mokhtar.

Sementara itu, @ad_am berkata “Just when you think you’ve reached your peak, you prove that you can always outdo yourself!!! So proud!!!”

Seorang lagi pengikut @shifahusni memberi komen “So proud of you! Bangganya ada orang Malaysia yg betul-betul ke depan macam you. Lofa memang my idol.” – Bernama