Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Neelofa hamil anak kedua?

    Selebriti popular, Neelofa dilaporkan dipercayai hamil anak kedua selepas video yang menampakkan perubahan pada bahagian perutnya, menjadi tular.

    Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok, Neelofa dilihat memegang perut yang semakin membesar ketika memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran putera sulungnya, Muhammad Bilal yang pertama, baru-baru ini.

    Perkongsian itu menarik perhatian ramai apabila mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu sedang hamil walaupun dikatakan menyembunyikan kelahiran anak keduanya itu, lapor Harian Metro Online.

    “Dia sorok tapi asyik pegang perut je. Sorok dalam nyata,” komen seorang warganet.
    “Wanita kalau hamil automatik nak pegang perut walaupun kandungan masih baru,” tulis seorang warganet.

    Menerusi video yang ditonton lebih 295,000 itu, Neelofa turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan mendakwa Bilal bakal dikurniakan adik, tidak lama lagi. “Tahniah Bilal jadi abang selepas ini,” tulis seorang warganet.

    “Alhamdulillah tahniah Neelofa dan keluarga. Seronoknya dapat hamil lagi,” komen seorang pengikut. – Agensi

    Selebriti popular, Neelofa dilaporkan dipercayai hamil anak kedua selepas video yang menampakkan perubahan pada bahagian perutnya, menjadi tular. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...