Neelofa kembali sarung cincin risik PU Riz?

Cincin berlian yang tersarung di jari manis pengacara Neelofa dalam video pendek yang di muat naik di Instastory baru-baru ini menarik perhatian peminat.

Menerusi video itu, Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dilihat memakai cincin yang dikatakan merupakan pemberian keluarga kekasihnya iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz.

Tujuan asal Neelofa memuat naik video itu adalah untuk mempromosikan produk perniagaan yang merupakan hasil usaha sama dengan PU Riz.

Bagaimanapun, rata-rata pengikut lebih tertarik melihat cincin yang dipakai oleh Neelofa dan membuat andaian pasangan ini kembali menjalinkan hubungan.

Usaha pihak wartawan untuk  mendapatkan pengesahan mengenai status hubungan mereka tidak berjaya apabila mesej yang dihantar kepada PU Riz tidak berbalas.

Pada Disember tahun lalu, Neelofa menerusi satu kenyataan rasmi berkata keluarganya dalam proses perbincangan mencari titik penyelesaian hubungan mereka.

Katanya lagi, setiap hubungan ada cerita tersendiri dan tidak manis untuknya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga.

Pasangan ini dikatakan bakal menamatkan zaman bujang dalam sebuah majlis yang dijangka akan diadakan Mac depan.

Kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan warganet selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz.

Bekas pengacara program MeleTOP itu mengikat tali pertunangan dengan PU Riz atau Haris Ismail pada 1 November lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. – Agensi

Heboh apabila Neelofa dilihat memakai cincin yang dikatakan merupakan pemberian keluarga PU Riz dalam video pendek yang dimuat naik di Instastory baru-baru ini. – Agensi