Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Neelofa kongsi tip pujuk suami

    Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

    Begitulah alam perkahwinan yang tidak sentiasa bahagia tetapi adakalanya berlaku pertengkaran atau pasangan merajuk disebabkan perkara remeh.

    Memujuk pasangan yang sedang merajuk atau marah penting agar masalah yang berlaku tidak berlarutan sehingga menganggu keharmonian rumah tangga.

    Bagi pengacara dan usahawan Neelofa, dia ada cara tersendiri untuk memujuk suami tersayang iaitu Muhammad Haris Mohd Ismail sekiranya dia merajuk.

    Berkongsi tip tersebut dengan pengikutnya di laman sosial, Neelofa, 34, berkata, dia biasanya akan menggosok tubuh serta memeluk mesra Haris sebagai langkah menambat kembali hatinya.

    Neelofa berkongsi tip memujuk suaminya jika Haris merajuk. – Agensi

    Tidak hanya itu, Neelofa memberitahu, ketawa kecil dan bermanja dengan suami, kaedah yang cukup membantu ketika proses memujuk.

    Bagaimanapun, apa lebih penting adalah meminta maaf kepada suami dalam proses berkenaan.

    “Kalau nak pujuk dia senang sahaja, kita kena gosok-gosok sikit, peluk-peluk sikit.

    “Cakap minta maaf sayang. Gelak-gelak sikit lepas itu, manja-manja sikit,” katanya.

    Neelofa berkata, tidak sukar memujuk Haris kerana suaminya itu seorang yang lembut hati dan mudah dipujuk. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...