Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Neelofa menghitung hari tunggu kelahiran anak sulung

    Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, pengacara Noor Neelofa mengakui gementar menantikan hari kelahiran yang dijangka tiba pada bila-bila masa.

    Menurut Neelofa, 33, dia dan suami iaitu Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz sudah membuat persediaan bagi menyambut kehadiran anak pertama mereka itu.

    “InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan melahirkan anak sulung ini… kata orang tengah menghitung hari. Dekat dah ni bila-bila masa saja.

    “Saya akui gementar menanti proses ini. InsyaAllah saya mahu kelahiran normal jika semuanya baik-baik sahaja.

    “Daripada segi persiapan kena belajar banyak perkara. Saya baca buku-buku dan bertanya pada orang.

    Neelofa mengakui perasaan gementar menanti kelahiran anak sulungnya dan berharap kelahiran normal.- Agensi

    “Barangan baby pun semua dah siap,” katanya kepada wartawan.

    Bekas pengacara program MeleTOP ini ditemui semasa pelancaran produk baharu yang diadakan di Bayswater KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Neelofa turut memohon orang ramai mendoakan agar proses kelahiran itu berjalan lancar.

    “Saya bakal melahirkan anak ini di Kuala Lumpur sahaja… terima kasih kepada yang mendoakan kelahiran saya. Minta doakan semoga segalanya dipermudahkan.

    “Rupa-rupanya bukan senang nak jadi seorang ibu merasai pengalaman mengandung dan melahirkan… itu satu perjalanan yang cukup berbeza.

    “Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan diberikan pada saya selama ini. Tidak kira dalam kerjaya atau perniagaan tanpa jemu. Terima kasih mendoakan saya dan suami,” ujarnya.

    Sejak Julai tahun lalu, cerita tentang ‘baby bump’ Neelofa terus menjadi topik perbualan hangat warganet di media sosial.

    Aksi Neelofa mengusap perut semasa menghadiri prosiding kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan turut mencuri tumpuan orang ramai pada September tahun lalu.

    Bagaimanapun, Neelofa memilih untuk mengunci mulut dan membiarkan peminat terus berteka-teki mengenai kehamilannya itu.

    Neelofa dan PU Riz berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.- Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...