Neelofa puji penampilan Kilafairy berhijab

Pengacara dan pelakon terkenal Neelofa meluahkan rasa syukur apabila rakan selebritinya iaitu penyanyi Kilafairy kini sudah berhijab.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mendoakan agar anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu terus istiqamah dan menjadi seorang wanita solehah.

“Aku doakan semoga kau terus istiqamah, semoga Allah kuatkan hati kau, kuatkan iman, tegakkan iman, dapat menerima manfaat, boleh jadi wanita solehah dan contoh teladan kepada ramai orang.

“Semoga kau sentiasa bahagia, tenang dan disayangi ramai. Kilafairy dah berhijab! Cantik.. muka macam wanita Pakistan pula,” kata Neelofa kepada Kilafairy.

Bekas pengacara program MeleTOP itu mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instastorynya ketika berada dalam kereta bersama Kilafairy pada petang Sabtu.

Neelofa doakan agar Kilafairy terus istiqamah dan menjadi seorang wanita solehah. – Agensi

Kilafairy turut berkongsi semula Instastory Neelofa bersama foto penampilan baharu.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan pengesahan daripada Kilafairy tidak berjaya apabila penyanyi lagu Put The World In itu tidak menjawab mesej.

Dalam pada itu, rata-rata warganet di laman sosial memuji penampilan baharu pelakon itu dan mendoakan agar ia berkekalan.

Pada awal Februari lalu, Kilafairy meluahkan hasrat untuk mengubah imej seksi yang cukup sinonim dengannya. – Agensi