Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Neelofa umum pencen, peminat tetap minta ramalan AJL36

    Ketika bahang Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) semakin terasa, peminat masih ternanti-nanti ramalan daripada pengacara dan usahawan, Neelofa tentang siapa yang bakal bergelar juara.

    Sayangnya tahun ini, ibu kepada Muhammad Bilal itu memberitahu dia sudah ‘pencen’ dan menyerahkan kepada warganet untuk membuat ramalan sendiri.

    “Tahun ini pencen. Apa ramalan awda?” tulis Neelofa di laman sosial Twitter miliknya.

    Melihat kepada ruangan komen, ada yang memberi maklum balas tidak mahu Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, berhenti membuat ramalan.

    Bagaimanapun, demi tidak mahu menghampakan peminat, Neelofa akhirnya berkongsi status meletakkan ramalan dua lagu yang dijangka menjadi juara iaitu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli dan Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah).

    Dalam masa sama, dia secara bergurau turut meletakkan suara tangisan anaknya sebagai pemenang vokal terbaik.

    Tahun lalu Neelofa meramalkan lagu Semalam nyanyian Aina Abdul sebagai juara AJL35, namun lagu tersebut hanya berjaya mendapat tempat kedua.

    Sebelum itu, ramalan Neelofa mengena apabila meletakkan lagu Sumpah (Naim Daniel) menjadi juara AJL34.

    Pada edisi AJL36 kali ini, 10 lagu lain yang bertanding adalah Boneka (Ernie Zakri), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Purnama (Naim Daniel), Aewo (Shiha Zikir & Noki), Salahku (Yonnyboii), Lara (Haqiem Rusli, Hael Husaini & Naim Daniel), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha Mila).

    Manakala Aina Abdul mempertaruhkan dua lagu iaitu Sepi dan Nafas Cinta (nyanyian bersama Khai Bahar). – Agensi

    Neelofa memberitahu dia sudah ‘pencen’ dan menyerahkan kepada warganet untuk membuat ramalan sendiri. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...