Neeta kesal dibandingkan dengan YouTuber terkenal

Penyanyi Neeta Manisha meluahkan rasa kesal selepas tahap keupayaannya berbahasa Melayu dibandingkan dengan YouTuber masakan terkenal iaitu S Pavithra.

Tegas Neeta atau nama sebenar Neeta Manishaa Manogaran, 26, perbuatan membandingkan dia dan Pavithra adalah melampau kerana mereka mempunyai latar belakang yang berbeza.

“Saya cakap Bahasa Inggeris ketika hadir dalam satu rancangan televisyen. Ada orang komen dan suruh saya cakap bahasa Melayu sebab saya duduk dekat Malaysia.

“Saya bengang apabila ada orang bandingkan saya dengan Pavithra, saya rasa itu melampau. Bagi saya, anda tak boleh bandingkan dua orang yang berbeza. Memang Pavithra lebih fasih daripada saya,” katanya kepada media.

Selain itu katanya, kecaman yang diterima tidak masuk akal kerana dia sering menyanyikan lagu-lagu Bahasa Melayu sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi. – Agensi

Neeta menegaskan bahawa perbua-tan membandingkannya dengan Pavithra adalah melampau kerana mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. – Agensi