Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Negara capai 81.4% vaksinasi lengkap

-

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 DIS – Seramai 1,002 orang di seluruh Negara Brunei Darussalam telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kelmarin, membawa jumlah penduduk yang telah menerima satu dos vaksin di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan kepada 404,070 orang iaitu 94 peratus.

“Manakala, 350,223 orang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 iaitu 81.4 peratus daripada jumlah penduduk negara,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Sehubungan itu, Negara Brunei Darussalam kini telah mencatatkan sebanyak 754,293 jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan dos kedua vaksin COVID-19, sejak ia mula diberikan pada 3 April lalu.

Daerah Brunei dan Muara mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 483,136 diikuti dengan Daerah Belait sebanyak 102,376, Daerah Tutong sebanyak 87,569 dan Daerah Temburong sebanyak 81,212.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -