Negara dipaksa bergabung – Presiden Belarus

MINSK, BELARUS, 27 FEB – Presiden Belarus berkata hari ini bahawa negaranya ‘dipaksa bersatu’ dengan Rusia dan menegaskan bahawa integrasi sebenar kedua-dua ekonomi negara itu demi ‘kedaulatan dan kemerdekaan’ bagi Belarus.

“Kami tetap komited, seperti biasa, untuk integrasi sebenar tanpa dipaksa ke integrasi tersebut,” kata Presiden Alexander Lukashenko pada pertemuan dengan Mikhail Myasnikovich, ketua Suruhanjaya Ekonomi Eurasia.

Kenyataannya muncul apabila ketegangan semakin memuncak di antara bekas negera Soviet itu.

Rundingan mengenai hubungan ekonomi telah terhenti, Rusia menghentikan bekalan minyak ke Belarus dan Lukashenko telah berulang kali menuduh Kremlin menolak penggabungan kedua-dua negara.

Penggabungan dengan Belarus dilihat oleh banyak orang sebagai strategi untuk Presiden Rusia Vladimir Putin untuk tetap berkuasa melewati mandat terakhirnya sebagai presidennya yang akan berakhir pada tahun 2024 dengan menjadi ketua negara baharu. Lukashenko berkata bahawa Belarus telah memulakan ‘integrasi sebenar’ buat kedua-dua bekas negara Soviet pada tahun 1990-an, ketika Boris Yeltsin berkuasa, sambil mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan.

“Pada masa itu, kami tidak pernah bercakap tentang kehilangan kedaulatan dan kemerdekaan mereka. Dengan semua kesulitan pada masa itu, kami berjaya mencari penyelesaian,” kata presiden itu. –AP

Presiden Russia, Vladimir Putin, dan Presiden Belarus, Alexander Lukashenko mengadakan perbincangan di Rosa Khutor, di resort Laut Hitam di Sochi, Rusia. – AP