Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Negara G7 ikrar henti import minyak Rusia

    WASHINGTON, 9 MEI – Kumpulan Tujuh Negara (G7) menyatakan komitmen untuk mengurangkan kebergantungan pada minyak Rusia, selain mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin ‘memalukan’ negara itu dengan menceroboh Ukraine.

    Kenyataan daripada Perancis, Kanada, Jerman, Itali, Jepun, Britain dan Amerika Syarikat (AS) itu tidak memperincikan komitmen yang akan dilakukan setiap negara untuk mengurangkan kebergantungan itu.

    Namun, kenyataan itu merupakan perkembangan penting dalam kempen berterusan untuk mendesak Putin dengan melumpuhkan ekonomi Rusia, serta menunjukkan penyatuan komuniti antarabangsa menentang tindakan Moscow.

    “Kami komited untuk mengurangkan kebergantungan pada tenaga Rusia, termasuk mengurang atau melarang import minyak Rusia.

    “Kami akan memastikan ia dilaksanakan secara teratur dan dalam tempoh tertentu, dan menerusi kaedah yang memberi ruang untuk dunia mendapatkan bekalan alternatif,” kata kenyataan bersama itu.

    “Ini akan memberi kesan secara langsung terhadap ekonomi Rusia dan menafikan keuntungan yang diperlukan untuk membiayai perangnya,” kata Rumah Putih.

    Pengumuman itu dibuat ketika G7 mengadakan mesyuarat ketiga tahun ini menerusi sidang video semalam, yang turut dihadiri Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

    AS yang bukan pengguna utama hidrokarbon Rusia, sudah pun mengenakan larangan import itu, namun Eropah masih amat bergantung pada minyak Rusia. – AFP

    Presiden Perancis Emmanuel Macron mengambil bahagian dalam sidang video dengan pemimpin G7 di Istana Elysee di Paris pada 8 Mei 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...