Sunday, December 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Negara kekal bebas dari jangkitan baharu

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Negara Brunei Darussalam terus kekal 146 orang apabila tiada kes jangkitan baharu dicatatkan setakat 12 tengah hari ini dengan tiada kes yang aktif.

    Kementerian kesihatan dalam Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam hari ini turut mengongsikan bahawa seramai 298 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori dengan seramai 6,638 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020. Sementara itu, dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 298 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan sejak Januari 2020 kepada 60,615 ujian.

    Kementerian Kesihatan juga memaklumkan bahawa orang ramai yang ingin mendapatkan ujian saringan SARS-COV-2 (ujian swab) terutama sekali mereka yang ingin membuat perjalanan keluar negara hendaklah menjalankan ujian saringan sekurang-kurangnya tiga ke lima hari sebelum tarikh penerbangan mereka tertakluk kepada syarat-syarat negara yang akan dituju.

    Hasil bagi ujian berkenaan akan mengambil masa dan orang ramai hendaklah bersabar untuk mendapatkan keputusan ujian mereka. Orang ramai boleh mendapatkan ujian di Pusat Kesihatan Berakas dan di Kompleks Sukan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda