Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    Negara kita negara MIB

    Syabas diucapkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei kerana telah berjaya menangani isu berkaitan dengan video tular memaparkan beberapa individu melakukan perbuatan tidak berasas di sebuah pasar raya di Kuala Belait.

    Namun apakah tujuan sebenar individu terlibat melakukan perkara sedemikian? Adakah semata-mata untuk meraih tanda suka di laman media sosial dan perhatian orang ramai?

    Sebenarnya tidak salah menggunakan media sosial ini jika ia digunakan dengan betul.

    Banyak lagi perkara baik yang boleh dibuat untuk meraih berjuta-juta tanda suka orang awam berbanding melakukan perbuatan tidak berasas ini.

    Seharusnya si pelaku perlu memikirkan natijahnya kepada diri sama ada ia akan mengundang kecaman atau suka daripada orang ramai, adakah baik untuk diri sendiri atau memalukan diri sehingga melibatkan ahli keluarga.

    Perlu diingat juga, janganlah dibawa budaya dari luar negara kerana negara kita adalah negara Melayu Islam Beraja.

    Jangan semata-mata hanya untuk meraih perhatian menjadi terkenal, sudah mencemarkan diri sendiri sehingga memalukan ahli keluarga lain.

    Kalau diturutkan, sesetengah kedai di luar negara sudah menyenarai hitamkan dan mengharamkan individu seumpamanya untuk memasuki mana-mana premis mereka jika mahu membuat onar, dan tidak mustahil kedai terbabit juga ada melakukan tindakan sama.

    Kan sudah kana

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    New Zealand larang guna telefon bimbit di sekolah

    WELLINGTON, 1 DIS – Telefon bimbit akan dilarang di sekolah-sekolah di seluruh New Zealand, kata Perdana Menteri konservatif Christopher Luxon hari ini, ketika kerajaannya...