Negara maju boleh contohi negara Afrika kawal COVID-19

PARIS, 20 MEI – Setiausaha agung PBB, Antonio Guterres berkata hari ini bahawa negara-negara maju boleh belajar dari langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh kebanyakan negara Afrika untuk menghentikan penularan koronavirus.

“COVID-19 telah membuat perkembangan yang perlahan (di Afrika) berbanding jangkaan pada permulaan” krisis, Guteress berkata dalam temu bual bersama radio RFL, Perancis.

Ini adalah kerana “kebanyakan kerajaan dan pertubuhan mengambil langkah yang sangat berani yang memberikan pengajaran bagi beberapa buah negara maju yang tidak melakukannya,” tambahnya.

Terdapat kurang dari 3,000 kematian COVID-19 dari 88,000 kes wabak dicatatkan di seluruh benua Afrika, angka yang rendah berbanding dengan 320,000 kematian di seluruh dunia.

Guterres turut meminta pelunasan pembayaran hutang yang lebih teratur bagi negara-negara termiskin.

Bulan lalu, G20 dan Kelab Perancis bersetuju untuk mengetepikan sebahagian besar pembayaran hutang untuk negara-negara termiskin di dunia pada tahun 2020 akibat krisis koronavirus tetapi Guterres menyebut langkah tersebut ‘tidak mencukupi’.

“Kami perlu bersedia untuk pelepasan hutang yang disasarkan dan pendekatan lebih komprehensif, lebih struktural untuk mengelak dari segala kos di masa hadapan dalam siri kebankrapan yang boleh membawa kepada kemurungan,” di peringkat global, katanya.

Keseluruhan 41 buat negara Afrika yang terlibat pada hari Selasa Mali menjadi yang pertama memperoleh moratorium pembayaran hutang dari Kelab Perancis peminjam kebangsaan, kata sumber kementerian kewangan Perancis kelmarin. – AFP