Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

Negara miskin tolak 100 juta vaksin hampir mansuh

-

BRUSSELS, 14 JAN – Negara-negara miskin menolak sumbangan lebih 100 juta dos vaksin COVID-19 pada Disember lalu, kerana sudah hampir tarikh luput, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kelmarin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengecam tindakan negara-negara kaya yang memonopoli bekalan vaksin yang kemudian menyerahkan dos yang hampir luput tarikhnya kepada negara-negara miskin yang memerlukan suntikan tersebut.

Imej-imej tidak menyenangkan bulan lalu menunjukkan Nigeria menghapuskan lebih satu juta dos AstraZeneca telah menimbulkan isu tersebut. UNICEF, Tabung Kanak-kanak PBB, menggunakan pakar logistik vaksinnya untuk mengendalikan penghantaran Covax, skim global yang ditubuhkan untuk memastikan penghantaran dos ke negara-negara miskin.

Pada Disember, “Kami mempunyai lebih 100 juta dos vaksin yang telah ditolak kerana kapasiti berlebihan di beberapa buah negara, pengarah bahagian bekalan UNICEF, Etleva Kadili memberitahu jawatankuasa Parlimen Eropah.

“Majoriti penolakan itu adalah disebabkan jangka hayat singkat vaksin tersebut.

“Tarikh luput yang pendek telah mewujudkan cabaran besar bagi negara-negara yang merancang kempen vaksinasi mereka,” terang Kadili.

“Sehingga kami mendapatkan jangka hayat vaksin yang lebih baik, hal ini akan kekal menjadi puncak tekanan bagi negara berkenaan, terutamanya apabila beberapa daripadanya mahu mencapai penduduk di kawasan yang sukar didatangi.”

Kesatuan Eropah mendermakan sekitar satu pertiga dos menerusi Covax, kata Kadili kepada pengawal selia. Pada Oktober hingga November, sebanyak 15 juta dos yang didermakan oleh EU telah ditolak – manakala 75 peratus lagi suntikan AstraZeneca dengan jangka hayat kurang 10 minggu semasa bekalan itu tiba.– AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -