Negara-negara Eropah sesal keputusan AS

PARIS, 22 MEI – Perancis, Jerman dan lapan negara Eropah yang lain mengatakan hari ini bahawa mereka menyesali keputusan Presiden AS Donald Trump untuk keluar dari perjanjian pengawasan ketenteraan bersama ‘Open Skies’ dengan Rusia.

“Kami menyesali pengumuman oleh Amerika Syarikat mengenai rancangannya untuk menarik diri dari perjanjian ‘Open Skies’, walaupun kami berkongsi keprihatinan tentang bagaimana perjanjian itu dilaksanakan oleh Persekutuan Rusia,” kata negara-negara itu dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian luar Perancis. – AFP