Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Negara-negara EU sambung sijil COVID

BRUSSELS, 28 JUN — Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) kelmarin telah meluluskan melanjutkan penggunaan sijil COVID selama setahun sehingga akhir Jun 2023 apabila kes virus maut itu meningkat semula menjelang musim cuti musim panas.

Bertujuan untuk memudahkan perjalanan merentasi blok 27 buah negara semasa wabak itu, sijil itu mula berkuat kuasa pada Julai tahun lalu dan telah menjadi alat yang berjaya untuk membantu warga EU bergerak di rantau ini semasa pandemik COVID tanpa sekatan seperti kuarantin.

Negara EU telah mengeluarkan hampir 2 bilion sijil.

Dokumen itu membuktikan bahawa seseorang telah diberi vaksin COVID atau mempunyai keputusan ujian negatif baru-baru ini atau telah pulih daripada jangkitan.

Majlis Eropah juga berkata bahawa peraturan itu boleh ditarik balik lebih awal.

Tetapi selepas kebanyakan negara EU menghapuskan sekatan COVID sejak beberapa bulan lalu memandangkan keadaan kesihatan yang bertambah baik, peningkatan baru-baru ini dalam jangkitan yang didorong oleh varian baharu telah menyebabkan kerajaan untuk memikirkan semula strategi mereka.

Di Perancis, menteri kesihatan, Brigitte Bourguignon mengesyorkan pada minggu ini supaya orang ramai memakai pelitup muka sekali lagi di kawasan sesak dan ketika menaiki pe-ngangkutan awam. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -