Negara-negara Timur Tengah mula berpuasa

DUBAI, UAE, 24 APRIL – Arab Saudi dan beberapa negara lain yang majoriti ber-agama Islam, termasuk Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan, mula menunaikan ibadah puasa bulan suci Ramadan hari ini, selepas penglihatan anak bulan.

Tahun ini, pandemik koronavirus (COVID-19) telah menjejaskan 1.8 juta umat Islam di dunia dari sambutan Ramadan yang lazim mereka tunaikan dan hargai ketika pegawai kesihatan bertempur untuk membendung COVID-19 pada bulan suci Islam ini, kerana perhimpunan besar dan perayaan keluarga adalah tradisi mereka namun terhalang.

Kenyataan Saudi itu dikeluarkan oleh Saudi Press Agency yang membuat pengumuman itu melalui agensi berita WAM yang dikendalikan oleh kerajaan mereka.

Oman pula mengesahkan bulan puasa akan bermula pada hari Sabtu kerana pihak berkuasa agama kesultanan tidak sabit melihat anak bulan semalam.

Di Iran, Ramadan juga bermula pada Sabtu. Di Lubnan, Majlis Tertinggi Syiah mengumumkan bahawa anak bulan tidak sabit kelihatan, yang menunjukkan bahawa Ramadan akan bermula bagi masyarakat itu juga pada hari Sabtu.

Ahli Sunni yang berada di Lubnan akan memulakan ibadah puasa pada hari ini, bersama dengan beberapa kelompok Syiah yang lebih kecil yang bergantung pada perhitungan astronomi untuk menentukan awal bulan suci.

Umat ​​Islam mengikuti kalendar dan metodologi penglihatan bulan menyaksikan negara-negara menunaikan ibadah puasa pada permulaan Ramadan yang berlainan sama ada sehari atau dua hari berbeza.

Puasa Ramadan, di mana makan dan minum dilarang pada siang hari, bertujuan untuk mendekatkan orang-orang beriman kepada Tuhan dan mengingatkan mereka tentang orang-orang yang kurang bernasib baik.

Semasa berpuasa, umat Islam juga mesti menjauhi perkara yang dilarang agama. Orang-orang beriman digalakkan untuk meluangkan masa untuk bertafakur, berdoa, membaca Al-Quran dan bersedekah pada siang hari. – AP