Negara sebagai pengeluar

Isu kekurangan daging lembu, nuget dan sosej telah memberi kesedaran kepada kita sebagai penduduk negara kecil ini mengenai bagaimana untuk mendapatkan keperluan seharian dari segi makanan mahupun barang asasi lain jika barangan import penting tiada akses untuk masuk ke negara ini disebabkan wabak COVID-19 ketika ini.

Kita perlu mendidik masyarakat dan memikirkan cara untuk kita menjadi negara pengeluar atau pengilang kepada barangan sanitasi seperti sabun, pencuci pakaian, tuala wanita; penutup mulut dan hidung serta makanan ringan, beku dan sebagainya.

Semua itu memerlukan sokongan dan pihak berkenaan perlu bertindak sekarang agar dapat menjadikan negara kita mandiri dan tidak terlalu bergantung kepada negara-negara luar serta berusaha untuk mengeluarkan barang import itu di Brunei.

Oleh itu kita tidak akan tergopoh gapah ‘seperti anak ayam kehilangan ibunya’, apabila barangan penting kehabisan walaupun sekatan ke luar negara akan terus dilaksanakan.

Sehubungan itu, pihak berkenaan dan yang berkaitan perlu berganding bahu memikirkan jalan dengan memberi peluang mereka yang sedang mencari pekerjaan, pelajar di bahagian teknikal dan graduan belum bekerja serta warga emas terlibat dalam pelbagai bidang yang menjurus kepada perekonomian atau pengilangan dalam usaha mewujudkan satu komuniti berdaya saing.

TinkByond